HAIWAN KESAYANGAN ORANG KITA

Masyarakat kita tak bleh dipisahkan daripada haiwan kesayangan. Macam2 orang kita bela daripada kucing...hingga la ke hantu raya..errrkkkk! Sepanjang aku jadi Vet, aku rasa dah boleh la untuk senaraikan haiwan kesayangan apa yang amat menjadi kesukaan orang kita mengikut turutan...

1. Kucing
Paling banyak orang kita bela. Daripada sekor sampai berpuluh ekor. Klien aku ada sorang tuh bela sampai 100 hekor..huwargghh!. Selagi jumpa kucing selagi tu ler dia kutip. Semoga Tuhan murahkan rezeki dia..amin. 

2. Arnab
Ni satu lagi haiwan yang menjadi kesukaan orang kita. Ramai gak yang bela. Ada pelbagai baka. Daripada bulu pendek sampai ler ke spesis yang sapu lantai. 

3. Burung
Memang ramai orang kita suka bela burung. Macam2 burung diorang bela...tekukur, serindit, mena, tiung emas, merbuk, murai kampung....

4. Hamster
Budak2 atau remaja memang suka sangat ler bela haiwan nih. Sebab comei katanya. Yang aku tak tahan kekadang dia menggigit dowh...berdarah tangan dik oiii.

5. Guinea Pig
Ini pun ramai peminatnya. Ada macam-macam jenis, macam2 warna. 

6. Ayam 
Haaa..ini bukan ayam daging ya tuan2. Ini kategori ayam laga atau ayam katik. Ramai gak peminatnya nih. Hanya lelaki jek suka bela ayam ni..

7. Kura-kura
Korang pernah tengok kura-kura hijau yang kecik2 tu. Budak2 memamng suka bela kura-kura nih. 

8. Monyet
Ini pun ada. Asal2 selalunya diorang jumpa anak monyet nih tertinggal daripada kumpulannya atau ibunya. Kekadang tu ibu monyet ni mati kena tembak sebab jahat sangat..asik menyamun dapur orang. Ibu mati, anak monyet tu diorang bela macam anak sendiri.

9. Sugar glider
Haiwan nih berasal daripada Australia. Ada orang panggil tupai terbang. Ada ler sorang dua klien aku yang bela haiwan nih. 

10. Ular
Ini pun ada jugak orang kita bela. Tah ler...tak tau aku kenapa orang suka bela ular...huhuhuhuhu

11. Anjing dan Serigala
Hah!...ini dah mula orang kita bela. Kebanyakkannya untuk jaga keselamatan rumah. 

Itu ler haiwan kesayangan yang orang kita suka. Pada pendapat aku, orang kita memang sayangkan haiwan...muahh!

Comments



  1. - Vương huynh, ta và Mặc Phi trước trận chiến đã có giao ước, ai thua sẽ không được tham gia trận tranh đoạt ngày mai. Mạc mỗ rốt cuộc có đạt được ngôi vị Phó Soái hay không, toàn bộ đều dựa vào Vương huynh!

    Mạc Lệ Hải trong lòng chua xót, lui ra phía sau hai bước, hướng về Vương Lâm vái thật sâu.

    - Vương mỗ sẽ cố hết sức!

    Vương Lâm bình thản nói.
    dong tam mu lậu cho thuê phòng trọ cho thuê phòng trọ nhac san cuc manh tư vấn pháp luật qua điện thoại công ty luật hà nội số điện thoại tư vấn luật dịch vụ thành lập doanh nghiệp
    Mạc Lệ Hải hít sâu, ôm quyền nói:

    - Đã làm phiền Vương huynh. Mạc mỗ không quấy rầy nữa, ngày mai chúng ta sẽ cùng nhau tới Đế Đô!

    Nói xong, hắn lại ôm quyền, xoay người rời khỏi.

    Bóng dáng hắn có một chút hiu quạnh.

    Vương Lâm lẳng lặng đứng ở sân sau, hai mắt nhìn quanh một lượt, trời đã về đêm!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts