HUTAN SIMPAN BEREMBUN NEGERI SEMBILAN
Semalam Jumaat...borink tak buat apa. Klinik memang ler tutup sebab aku off hari Jumaat. Lepas solat Jumaat, terasa gian nak shoot gambo. Apalagi, gua capai gadget, terus ke Kg. Pantai Seremban. (..kampung den la tuh...huhuhu).
Amik jalan belakang Balai Polis Pantai, terus up ke Loji Air Pantai. Parking keta...tetiba dengar bunyik burung yang macam biasa aku dengar kat Royal Belum. Arghhhhh...sepasang enggang tengah terbang berpasangan di atas kepala aku. Wallaweii..ado enggang kek sini woiii!
Aduihh...tinggi la sangat pulak. Terlindung di balik2 canopy pokok hutan. Takpo la....den turun poie sungai kek bawah tuh dulu. Umangai...memang cantik sungai tu. Dah lama aku tak pergi sini. 10 tahun dulu rajin ler aku ke sini untuk berkubang.
Adesss...tengok langit mondung semacam. Packing all the thing. Nak poie balik kat kereta. Sekali lagi!!!...Sekali lagi itu enggang berbunyi. Macam dekat jek. Aku dongak...dan nampak memang dekat. Memang tercapai ler pakai Sigma 500mm aku. Baru nak angkat kamera....ghauuu!ghauuu! Hujan turun...uwaaaaaaaaaaa!!!!
Takpo..akan ku ulang untuk dokumenkan kau wahai enggang di Berembun! Best!
Takpo..akan ku ulang untuk dokumenkan kau wahai enggang di Berembun! Best!
Comments
Post a Comment