KONGKANG @ SLOW LORIS
Entri aku hari ni...ye memang nak citer pasal kongkang. Korang tau ke kongkang? Tu ler kongkang...macam kat dalam gambor atas tuh. Memang comel dan pemalu. Ia adalah haiwan mamalia yang begitu aktif di waktu malam. Genus Nycticebus dan ada kira-kira 5 spesis dalam dunia.
Kongkang biasa kita jumpa kat kampung. Dia memang duduk atas pokok. Tak kira ler pokok kelapa ke...pokok manggis ke... Jarang dapat dilihat kerana tidak aktif pada waktu siang. Jarang hidup berkumpulan. Biasa melahirkan seekor anak sahaja. Kongkang ni adalah haiwan yang boleh makan macam2 benda...serangga, siput, buah, pucuk muda dan getah pokok.
Apa yang bahayanya kongkang ni? Gigitannya beb. Hati-hati bila hendak memegang kongkang. Kongkang boleh menggigit. Gigitannya memang amat menyakitkan. Gigitan kongkang juga mengandungi toksin...tetapi kesannya adalah tidak teruk dan tidak membawa kematian kepada manusia. Pengecualian untuk orang2 yang ada masalah alergik terhadap bisa atau gigitan haiwan...mereka2 ini boleh mati jika digigit kongkang. Kematian adalah disebabkan oleh 'anaphylactic shock'.
Jadi hati2 ye kalau jumpa kongkang. Jangan main pegang jek. Nanti tak pasal kono gigit baiiii...
Sebab apa aku cerita pasal kongkang??...sebab apa beb??? Sebab hari ni aku kena gigit dengan kongkang!!!!!! Arghhhh! sakit dowh! Dia gigit kat jari kelingking kanan aku. Puncanya, pelanggan aku bawak datang kongkang ke klinik. Kongkang tu memang ada masalah dengan kaki kiri hadapan. Aku tanya dah kat dia...kongkang ni gigit tak bang? Dia jawab..taklaa doktor. Aku pun cuba pegang...GAPPP!!!perghh itu kongkang sudah gigit gua punya tangan beb!
Berdarah dan lebam jari aku (gambar atas tu). Sakit berdenyut2. Terus aku makan painkiller dengan antibiotik. Sapu gak minyak gamat. Takut2 kang jadi melarat lak...Moralnya - hati-hati dengan binatang. Kasi respek sikit kat binatang2 ni...hehehe
Yang tak best..sebelum balik, owner tu bagitau...err...tadi kongkang tu gigit gak ayah saya...uwaaaaaaaa!!!!
selamberrrr je dio gigit..x gerun ke kongkang ni tgk muko dr??berani ko kongkang..den salute ko..wakakakakaka.
ReplyDelete@moshama
ReplyDeleteHampeh kau baiiii...meh sini den gigit kau plak...kekekekeke
Bro jari awak ok tak
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya dapat seekor sesat kat wayar elektrik tapi bila scroll google kata gigitan kera duku nie bawa maut tu kami lepaskan sebab saya mungkin boleh berhati2 bila pelihara takut anak2 main pegang jer mcm pegang hamster dan arnab...ada upload di fb photo sebelum kami lepaskan...mmg pemalu kita tengok jer dia tunduk...tapi mmg cute, bulu tebal bersih sesekali tengok mcm coala bear...
ReplyDeleteMemadai ke makan painkiller dgn antibiotik? Xpayah pegi hospital? Just now kena gigit, jari jd bengkak, sakit sendi tp xbdarah mcm jari awk.. Mcmana yaaa?? Ke normal mcm tu?
ReplyDeleteBaru lepas kene gigit smalam. Hampeh sakit oii
ReplyDeleteAku jumpa benda ni semlam
ReplyDeleteXmemasal die tinggalkan lovebite belubang kat jari aku
Sakit siaaakkkm
Aku pn kne gak ari nie... Sakit
ReplyDeleteT-T
Husband sy ade bwak blik kongkang. Kje dia nk gigit org jew. Seram lak bila bace ni ahhahahhaa
ReplyDeleteHusband sy ade bwak blik kongkang. Kje dia nk gigit org jew. Seram lak bila bace ni ahhahahhaa
ReplyDeleteaku baru lepas kena gigit ni, risau plak rasanya huhu
ReplyDeleteApa kata. Lepas tangkap hantar klinik untuk cabut gigi nye. Dia pun bukan nak senyum jadi takyah le ada gigi.
ReplyDeleteAku baru kena gigit dengan kongkang ni kat jari telunjuk tengahari tadi. Sakit gilerr.. Mula mula tu darah, then membengkak.. Risau sebab dengar cerita kongkang ni berbisa, terus cepat cepat search. Lega hati lepas baca gigitan kongkang tak bawak maut... (melainkan alergi)
ReplyDelete