EXPLORASI - GUNUNG TELAPAK BURUK, NEGERI SEMBILAN
Semalam petang, berpakat la kami 3 orang untuk naik ke puncak Gunung Telapak Buruk. Gunung ini adalah gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan. Tempat ni memang dekat sangat dengan kampung aku ie. Kampung Pantai. Tapi tak pernah jengah pun ke sini.
Tersenarai antara 155 puncak tertinggi di Malaysia. Mencapai ketinggian 1193m (3913 kaki). Terletak ditengah2 jarak antara Kuala Klawang dan Seremban (Highway 86).Terdapat jalan kecil menuju ke puncak yang menempatkan menara pemancar TV dan telekomunikasi. Jalan kecil ni bertar...tetapi berlubang2 di sesetengah kawasan. Lebih baik gunakan 4X4 untuk ke puncak. Perjalanan ke puncak adalah sejauh 11.5km.
Kawasan puncak dikawal oleh anggota Angkatan Tentera Malaysia untuk tujuan keselamatan. Terdapat pos kawalan di pintu masuk menara pemancar. Nampak aje pos kawalan, aku U-turn...heheheh. Cuaca?...sejuk weh. Sekitar 24-26 darjah Celcius rasanya. Nyaman amat baiiii!
Di sesetengah tempat dalam perjalanan, kita boleh lihat permandangan yang begitu cantik. Bukit bukau berlapis2. Flora dan fauna kat sini...marbeles!!! Terdapat juga bangkai kapal terbang RAF B-24 Liberator (KL654R) yang terhempas semasa Perang Dunia ke 2 mengakibatkan 8 orang anggota terkorban. Nak ke bangkai kapal terbang tuh...about 30 minutes journey. Lain kali aku akan ke sana...huhuhuhu
Tak rugi ke sini. Siapa nak datang sini...contact aku...hehehehe
chanteknyer gambo bang.. ehehe
ReplyDelete@en_me
ReplyDeleteTempat tu yang cantik sebenornya. Aku main balun je amik gambo...kekekeke
helo en hisham marmin,
ReplyDeleteBila kamu nak gi lagi. Saya minat nak ikut sekali
izham
@izham
ReplyDeleteInsya Allah kalau saya pergi lagi, saya akan wawarkan diblog ini :)
Assalam, sye bermint nk anjurkn mendaki gunung telapak buruk...tpi nk mencari org yg akan guide kt sne nnti cmne ye...harp maklum bals segera.....
ReplyDeleteSalam..bang..nak no contact...nak tawan puncak gunung ni..huhuhu
ReplyDeleteSalam..bang..nak no contact...nak tawan puncak gunung ni..huhuhu
ReplyDelete