KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMANDULKAN KUCING
Pemandulan, kembiri dan kasi membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Ada banyak cara boleh dilakukan bergantung kepada jantina. Perlu ke kita mandulkan kucing kita? Ini semua bergantung kepada keadaan.
Sekiranya kucing betina kita asik beranak yo kojo, kucing jantan asik merayau melalak dan memancut-mancutkan kencing yang 'harum semerbak' tak kira tempat, asik kena langgar (sebab sibuk cari betina...), asik 'merempit' dalam kampung...erkk! , maka di saat itu kita perlu pertimbangkan untuk memandulkan kucing kesayangan kita. Soalan yang selalu berkumandang atau bermain di fikiran ialah boleh ke atau apa hukumnya dalam agama? Hehehe..dah ada pun pasal hukum nih dalam posting aku sebelum ni. Boleh la baca pelan2 ye...
Terminologi pemandulan (neuter) haiwan :
1. 'Castration' / 'castrate' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing jantan.
2. 'Spaying'/ 'spay' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing betina.
Prosedur dan kaedah operasi untuk pemandulan akan aku bagitau dalam posting yang akan datang...tunggu yo baiiii!
Kebaikan pemandulan :
1. kurang merayau atau bersosial
Kucing jantan tak sibuk cari betina dan si betina pun tak ler sibuk memanggil-manggil si jantan. Pada sesetengah individu mungkin ada sedikit perubahan daripada segi perlakuan. Daripada agresif, mungkin menjadi lebih manja. Tidak dinafikan ada juga individu yang bertambah garang.
2. Tidak beranak
Khas untuk kucing betina. Takde ler dia asik beranak jek. Tuan punya kucing tak ler bertukar status daripada pemelihara kepada penternak kucing la pulak...heheheh. Senang nak uruskan kucing dalam kuantiti yang dapat kita kawal. Kalau banyak sangat kucing nanti jiran pun boleh marah. Dah banyak anak kucing, mula ler dok buang sana, buang sini...sampai depan klinik aku pun orang buang kucing...adoyaiii...
3. Kucing anda bertambah sihat
Yup...kucing korang akan bertambah sihat. Takde la calar balar bergaduh, kena langgar kereta masa tengah carik betina, takde dapat penyakit berjangkit, kurap pun tak kena dan banyak lagi faedahnya daripada segi kesihatan.
Keburukan pemandulan :
1. Tiada keturunan
Hehe..tak de la dapat baka berikutnya atau takde anak ler kucing tu. Kalau beli beribu hingget mak kucing tu, rugi gak kalau tak dapat anak sekor dua. Pilihan ditangan anda...
2. Penambahan berat badan
Dengan kurangnya aktiviti pengawanan dan 'merempit', kucing anda lebih banyak masa duduk dan bersenang-senang di rumah. Makan banyak, aktiviti kurang...maka kesannya akan naik berat badan. Kawal pemakanan kucing anda. Jangan sampai korang tak dapat bezakan mana satu kucing dan mana satu bantal di kemudian hari...kekekeke
Pada tahun lepas terdapat kira-kira 17 juta kucing dan anjing telah di terima di seluruh rumah perlindungan haiwan di seluruh dunia. Hanya kira-kira 10% sahaja diambil oleh keluarga angkat. Selebihnya terpaksa dimusnahkan. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk mengembirikan haiwan peliharaan kita sekiranya diperlukan. Pilihan ditangan kita....buat pilihan yang bijak agar perkongsian hidup kita dengan mereka di bumi ini menjadi lebih bermakna.
tadi baru je selesai tlong dr. kat klinik tmpat saya kerja spaying kucing..owner dia mntak buat spaying sebab dia tak pndai jaga anak...tak pndai nak kasi anak menyusu...
ReplyDelete@zaMir
ReplyDeleteElok la dimandulkan tu...:)
Bole berikn sedikit penerangan tentang penjagaan selepas pemandulan.. tq
ReplyDelete@purpleryna
ReplyDeleteKalau jantan tak payah jaga apa. Kalau betina seeloknya dikurung dalam 3-5 hari untuk penyembuhan luka pembedahan. Kalau semuanya ok, bolehler dilepaskan.
As salam. Brapa kos utk pemandulan kucing betina.tksh.
ReplyDeleteade niat jugak nak buat ni tapi anak2nye baru umor 3 minggu masih menyusu jadi kami hold dulu..tapi kan doktor sedo2 maknye dah buntinggg pulakkkk..adoi le bile ke masa dia buat keje kami pon tak tau...masa bawak vet nak 'sunat' baru vet bgtau dia ni bunting ni katanya..dia kata kalau nak buat boleh tapi dia cas le anak dalam perut tu bape ekor..besar mane sume..haisshhh kami idak le sampai hatiii kot..ni saya nak tanye le kalau lepeh dia beranak tu anggaran bape minggu kami boleh 'sunatkan' dia?
ReplyDeleteAdakah ubat perancang untuk kucing?
ReplyDeletehai..kemarin kucing sy telah di kembiri kan..hari ini sy tengok dia memanjat2 mcm nak keluar dan mengiau..normal kah kucing jantan sy berkelakuan begitu sedangkan nafsunya telah di mati kan..
ReplyDelete2- 3 hari ni anak kucing sya yg berumur 6 bulan @ betina..asyik mengiau nyaring..dia dah stat kencing merata..sedang kn selalu akan kencing dlm tempt yg dah sedia...kenapa ? Adakah dh smpai masa tuk sya mandul kn dia..tq
ReplyDeletehi nak tanya ,lepas mandul datang period lagi tak?
ReplyDeleteDah bedah/sunat kucing saya yang beranak, tak ada nak cari pakwe jantan tu, duduk rumah je tapi selalu buang najis kat rumah.
ReplyDeleteSalam semua
ReplyDeleteDimana sy nak mandulkan kucing..sy diarea petaling jaya...selalunya di klinik swasta mahal kan.
Saya x pasti di petaling jaya. Tp saya rasa ada satu klinik kerajaan di shah alam kalau x silap saya. Boleh try google. Tp ada 1 klinik haiwan di puncak jalil tgh buat kempen mandulkan kucing. Dorg caj rm90 utk kucing betina. Kempen nya sampai 23 hari bln ni je. Nama klinik nya klinik haiwan dan surgeri puncak jalil. Doktor dan staff semua friendly. Saya baru je amik kucing saya dri sana lepas mandulkan dia.
DeleteSaya x pasti di petaling jaya. Tp saya rasa ada satu klinik kerajaan di shah alam kalau x silap saya. Boleh try google. Tp ada 1 klinik haiwan di puncak jalil tgh buat kempen mandulkan kucing. Dorg caj rm90 utk kucing betina. Kempen nya sampai 23 hari bln ni je. Nama klinik nya klinik haiwan dan surgeri puncak jalil. Doktor dan staff semua friendly. Saya baru je amik kucing saya dri sana lepas mandulkan dia.
DeleteHi Dianazyzan...
DeleteKlu u nk bt pemandulan kucing under Vaterina Kerajaan u leh gi area Daerah Petaling nye..tapi kena bt vaccine telebih dl kt cat u..pastu bt appointment ngan mereka...yg Daerah Shah Alam nye Vaterina dh xbt pemandulan lg MF coz sy dh hubungi di sana..
Harga utk bt Spay Rm159 n for Castration Rm106...harga semua include GST..ni sy bt kat Pet swasta je..Harga ngan Veterina Kerajaan pun lebih kurang coz sy br je call bln 7 ari tu...jd sy deside bt ngan swasta je dr bt Kerajaan ngan kos tol minyak lg jauh..hehehe
Perkhidmatan Vaterina Daerah Petaling:
Add : No 1 Jalan PJU 10/1E,
Damansara Damai Sungai Buloh,
47830 Petaling Jaya,
Selangor Daarul Ehsan.
Tel : 03 - 6140 2979 / 6140 3217
Kittys pet clinic di Ayer 8, Putrajaya sedang ada promo harga pemandulan. Harga utk buat Spay Rm120 n for Castration Rm70..
Deletesaya br je mandulkan kcg betina saya.. berat hati nak mandulkan tp mak bisng asyik beranak jer.. nnti nak mandulkn c jantan sbb memancut dan luka2 merebut betina.... kos di tempat sy kalau swasta rm140 untuk betina dan rm100 untuk jantan..
ReplyDeletenak tanya, wajib ke vaksinkan kucing jantan sblm mandulkan.? sbb kucing betina sy vaksin kan dlu baru mandulkan.... jantan belum lagi.
ReplyDeleteSalam admin, saya ada 2 ekor kucing jantan berumur 5 bulan, cadang memang nak kasi cuma masalahnya istri saya tengah mengandung sekarang...takut terjadi sesuata pada kandungan...apa pendapat admin?
ReplyDeleteSalam admin, saya ada 2 ekor kucing jantan berumur 5 bulan, cadang memang nak kasi cuma masalahnya istri saya tengah mengandung sekarang...takut terjadi sesuata pada kandungan...apa pendapat admin?
ReplyDeletehai salam.... saya baru sunatkan kucing ...dlm masa berapa hari kucing itu akan.ada selera untk makan?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete