MAKANAN KITA YANG TOKSIK KEPADA KUCING



Hmm...makanan yang kita makan sehari2 adakalanya agak toksik atau beracun bagi kucing kesayangan kita. Banyak orang tak tau pasal benda ni. Kena ambik perhatian terhadap apa yang kucing kita makan. Jangan main balun yo bai...kang tak pasal kucing korang keracunan.

Antara makanan kita yang toksik kepada kucing ialah :

1. Bawang merah dan bawang putih

Bahan seperti bawang ni selalu terkandung dalam burger yang korang beli tu. Biasa ler makan burger, tetiba mengiau-ngiau lak kucing tu mintak sikit. Tolong jangan bagi. Ia akan menyebabkan kerosakan sel darah merah pada kucing dan mewujudkan satu keadaan dipanggil anemia. Mati kucing tu nanti baiii...

2. Tomato hijau dan kentang mentah.

Ini pun jangan bagi kucing kita makan. Kekadang kita suka sangat nak buat sesuatu yang baru. Konon nak jadikan kucing kita vegetarian. Halooooo...tolong ye bang...kucing memang haiwan maging. Takdo maso dio nak makan sayur...heheheh. Dalam benda nih ada alkaloid yang beracun kepada kucing dan boleh menyebabkan sakit perut yang teruk. Kesian dia....

3. Coklat.

Kot dapat coklat pakwe ke makwe bagi, makan yo lah sensorang. Jangan pelawa kucing kita makan sekali. Beracun benda ni untuk kucing. Dalam coklat terkandung theobromin yang memang beracun pada kucing. Anak2 kita pun rajin gak nih bagi kucing makan coklat...jadi tolong perati...

4. Anggur dan kismis

Ni khas untuk yang bela anjing. Jangan bagi makan menda nih. Beracun dan toksik untuk mereka.

5. Susu

Ni yang paling banyak orang bagi. Sampai besar panjang diorang bagi minum susu. Susu untuk kita ni mengandungi banyak laktos. Kucing pulak banyak yang alah kepada laktos (lactose intolerance). Akibatnya, kucing sakit perut, berak cair, bengkak anus dan susut berat badan. Kucing dewasa dah tak perlukan susu baiii.... Makanan yang dimakan seharian sudah cukup menampung keperluan metabolisma badannya. Kalau nak bagi susu gak, cari susu yang memang dikhaskan untuk haiwan. Biasanya susu ni bebas laktos. Jadi, kucing anda selamat...dan doktor di klinik boleh goyang kaki...hohohoho (walaupun susah hati tak ma$$yuk...:P).


Comments

Post a Comment

Popular Posts