KES : KUCING MAKAN PANADOL / PARACETAMOL


Baru hari tu aku review tentang ketoksikan panadol kepada kucing. Selang 2 hari lepas, masuk satu kes ke klinik. Tuan punya kucing ni dah beri panadol 2 bijik. Aduyaiii...kesian anak kucing ni baiiii... Datang2 je muka dah bengkak. Terus aku tanya..."Berapa bijik bagi makan panadol?". Sambil tersenyum tuan punyanya menjawab...2 bijik je doktor....uwaaaaaaaaa!

Ni la contoh tanda klinikal yang akan kelihatan sekiranya kita bagi makan panadol kepada kucing. Muka kucing ni jadi bengkak. Gusi dan bibir akan kebiru-biruan. Nafas mencungap2 dan pendek2. 

Rawatan memang mahal bang...Ubat yang digunapakai adalah acetylcysteine. Memang terkenal dengan mahalnya. 10ml sahaja dah berharga RM300...huihhh! Buat masa ni, alhamdulillah, kucing ni dah start makan dan bengkak pada mukanya telah beransur2 surut. Gusi dan bibir yang kebiru-biruan dah bertukar jadi merah jambu. Panjang umur kucing ni....

Semoga anda dan keluarga anda tidak beri kucing anda makan panadol!....hehehe






Comments

  1. kalau tak bagi makan panadol. nanti susah la nak niaga acetylcysteine. yea dak doc? btw.. doc... lama tak update. kali ni dah berapa kali kucing khatan mati? masih pegang rekod satu ka?

    ReplyDelete
  2. Doktor..kalau hidung kucing keluar air meleleh2 dan kucing kerap auchummmmm je boleh ke saya bagi ubat selesema baby pd kucing saya?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts