PENYAKIT KUCING : JAUNDIS (JAUNDICE) / ICTERUS / DEMAM KUNING (YELLOW FEVER)

Tenung Si Bengal


Ahah! ...kita bincang topik berat sikit....tentang demam kuning pada kucing :). Saya cuba olah untuk lebih mudah difahami.

Jaundis (Jaundice) atau demam kuning memang biasa berlaku pada kucing. Ada juga diistilah sebagai icterus dalam bahasa omputeh. Semuanya sama je...demam kuning bahasa mudahnya. Demam kuning adalah satu keadaan di mana wujudnya atau hadirnya warna kekuningan pada bahagian badan disebabkan peningkatan kandungan bilirubin dalam darah.

Keadaan ini (jaundis) diklasifikasikan sebagai tidak normal pada kucing. Tanda klinikal yang biasa dan mudah dilihat ialah wujud kekuningan pada putih mata, kekuningan pada gusi, pada kulit dan juga dibahagian bawah cuping telinga. Bukan tetiba terus kuning...tapi kuning ni wujud secara beransur2 daripada kuning pucat kepada kuning yang lebih pekat.

Selalu berlaku - demam, kucing tak makan, gusi pucat atau sedikit kekuningan, air liur meleleh, berak cair dan adakala bercampur darah, muntah dan kurang air dalam badan (dehydrated). Kucing ni boleh tak makan atau hilang selera untuk satu jangkamasa yang lama. Adakala kita 'paksa makan' (force feeding) kucing tu. Dan mengikut pengalaman saya, sekiranya kucing dah boleh makan sendiri dan dah ada selera, demam kuning tu dah kira 'kebah' atau dah beransur sembuh. Warna kekuningan pada kulit tadi akan beransur2 hilang dengan sendirinya.

Penyebab kepada jaundis ni diklasifikasikan atau dibahagikan kepada 3;

1. Prehepatik (prehepatic) - merujuk kepada masalah yang wujud sebelum darah tiba ke hati seperti sel darah merah musnah atau pecah. Selalunya disebabkan oleh:
  • Parasit darah - haemobartonellosis, cytauxzoonosis
  • ubat-ubatan
  • reaksi selepas pemindahan darah
  • immune-mediated haemolytic anaemia
  • cacing dalam jantung (jarang berlaku pada kucing)
  • rendah paras fosfat dalam darah

2. Hepatik (hepatic) - masalah pada hati itu sendiri (kegagalan hati menjalankan fungsinya)
  • Penyusupan lemak pada hati (hepatic lipidosis)
  • hepatitis, cholangitis,  cholangiohepatitis (korang google eh...nanti tau ler apa maksud nama2 tu...:P)
  • Toxin atau keracunan oleh logam berat dan sesetngah racun serangga untuk membasmi parasit luaran.
  • Ubat-ubatan seperti diazepam, griseofulvin, acetaminophen
  • Kanser hati
  • Cirrhosis - keadaan bilamana hati telah rosak teruk
  • Penyakit disebabkan oleh virus, bakteria dan protozoa


3. Post hepatik
  • Jangkitan pada pankreas
  • Masalah pada pundi hempedu - tersumbat, batu hempedu
  • Jangkitan pada usus kecil yang boleh menyebabkan salur hempedu tersumbat atau pengaliran hempedu terhalang

Ituler serba sedikit apa yang kita perlu tahu tentang demam kuning @ jaundis ni. Vaksin kucing anda secara berkala untuk merendahkan risiko terkena penyakit ini. Sekiranya kucing kesayangan anda menunjukkan tanda2 abnormal seperti demam, kekuningan pada putih mata, gusi, kulit dan telinga, cepat2 bawa ke klinik haiwan untuk rawatan. Selalunya episodnya akan bermula dengan demam yang agak melampau dan ada kalanya demamnya menjadi intermittent (kejap demam, kejap tak) serta selera makannya akan hilang serta merta. Jangan tunggu-tunggu untuk dapatkan rawatan....takut2 nanti bila anda bangun keesokkan paginya kucing anda dah 'keras'...wohaa!!!





    Comments

    1. assalamualaikum...bestnya n3 ni tahu serba sedikit tentang sakit kucing ni...:)

      ReplyDelete
    2. @maszull
      Terimakasih sebab singgah dan baca artikel tu :)

      ReplyDelete
    3. permisi, mau nanya, kucing saya kucing kampung. kucing ini habis pergi 1 hari dari rumah, pulangnya berdarah didekat mata, esoknya matanya berair, dan tidak mau makan walau dipaksa. setelah sekian lama, mata sebelahnya ditutup terus, ketika saya buka, mata yang awalnya berwarna biru bening menjadi kuning dan berair. apakah kucing saya mengidap penyakit jaundis? kalau iya, bagaimana mengatasinya? apakah menimbulkan kematian? karena kucing saya semakin hari semakin kurus dan lemas. hanya mau minum saja. tolong dijawab secepatnya, terimakasih^^

      ReplyDelete
    4. kucing saye tengah menghidap penyakit ni skang ni...tapi symptom die cume air liur meleleh pastu dia kerap bersin. sedih betul laa... :( tak sabar nak bawa dia ke klinik haiwan esok... skang ni pun dia tak nak makan, asik duduk dan menong jer.. :(

      ReplyDelete
    5. Salam ,

      Di sini saya ingin recommand 1 webpage yg membantu anda utk menyelesaikan pelbagai penyakit haiwan peliharaan anda

      Penawar Kesihatan utk kucing - klik sini

      Thanks

      ReplyDelete
    6. As'kum...bila baca komen diatas mmg sedih dgn apa yang anak kucing ni hadapi. Hari ni sy baru je bawa kucing saya ke klinik, doktor kata kena demam kuning, taktaulah cmner...doktor kata 50-50, ubat semua pil yg diberi..dgn harapan biarlah sembuh. Sy hanya mampu berusaha memberi ubat utknya, Allah yg menentukannya. Semoga Allah panjangkan umurnya. :(

      ReplyDelete
    7. Demam kuning ni berjangkit tak?? Tadi baru hantar ben g vet wat rawatan.... Pati terus hantar balik kg.... Tinggal bella seko kat umah.... Agak boleh berjangkit ke ke kucing lain penyakit ni???

      ReplyDelete
    8. Assalam , anak kucing saya keluar lendir kat mulut , berbau busuk ? Kenap ye ?

      ReplyDelete
    9. Assalamualaikum....saya mau minta tolong siapa tau ada yg bisa kasih solusi..kucing saya si tomy adlh kucibg kampung.saat ini kondisinya sgat memprihatinkan badannya lemas,gk mau makan bahkan terkadang kluar lendir dari mulut dan berbau busuk.warna hidung,lidah dan gusi pucat dan agak kekuningan.disini gak ada klinik hewan saya bingung mesti gmn?sdh 2hri ini saya kasih kuning telur dan air kelapa muda.saya gak tau obat apa yg harus saya kasih????tlng bantuannya

      ReplyDelete

    10. kabar baik

      Saya harap hishammarmin akan menjadi tempat yang baik dan membantu orang lain dengan pelayanan terbaik.

      http://rawatkucing.com/

      ReplyDelete
    11. Kucing saya pernah terkena jaundice yg sangat teruk. Mulut, hidung, telinga dan kulit semua bewarna kuning. Makan tak lalu, asyik tidur saja. Paling kesian nak jalan pun tak larat, kalau jalan pun terhoyong hayang dan asyik terjatuh. Keluar air mata melihatnya..
      Bila bawa ke vet kerajaan, pegawai vet kata "tiada harapan" dan minta kucing dibawa balik ke rumah tanpa diberi ubat kerana "tiada harapan" lagi.
      Tapi saya tak berputus asa. Hasil carian google, saya beri kucing 2 jenis ubat hati berasaskan herba iaitu bexton meboliv syrup (cecair) dan himalaya liv.52 forte (tablet). Saya beli melalui online, jenama bexton berharga RM20, jenama himalaya berharga RM30.
      Saya juga beri kucing saya air kelapa dan glukos bagi memberi tenaga dan vitamin bagi membuka selera makannya.
      Dengan izin Allah lepas 3 hari kucing saya semakin pulih, boleh berjalan semula dan boleh makan sendiri. Dan sekarang selepas sebulan siapa sangka kucing yang "tiada harapan" tu kembali aktif dan sihat seperti sediakala. Alhamdulillah..

      ReplyDelete

    Post a Comment

    Popular Posts