PENGUMUMAN : PERUBAHAN WAKTU OPERASI KLINIK HAIWAN SENAWANG

[IMGP7570-pp] Tomei #3

As salam buat semua. Umangaiii lama tak mencatuk kat blog nih. Sikit lagi nak bersawang. Anyway, thanks kepada yang masih setia dan sudi mengunjungi blog ni. Sekarang dah ada kelapangan sikit untuk menulis kembali. 

Berkuatkuasa  pada 1hb April 2012, waktu operasi Klinik Haiwan Senawang telah ditukar kepada seperti yang dinyatakan :

ISNIN-KHAMIS   : 10.00AM-6.00PM
JUMAAT              : 10.00AM-12.00PM, 2.45PM-6PM
SABTU                 : 10.00AM-3PM
AHAD                   : CUTI

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul akibat daripada perubahan jadual waktu operasi Klinik Haiwan Senawang. Sila hubungi talian 06-6788680 / 010-4003045 untuk sebarang pertanyaan yang berkaitan.

Rami jugak yang bertanya...'kenapa doktor tak bukak klinik waktu malam?'. Emmm...gini sebenarnya. Anak2 yang sedang membesar di rumah tu perlukan perhatian yang lebih pada waktu malam. Jadi sempatla saya melihat2 kerja sekolah, bertanya2 kalau2 diorang ni ada masalah dan juga menjamu selera dalam keadaan yang lebih tenang. Duit banyak mana pun tak dapat ganti masa2 berkualiti dengan keluarga kita. 

Yang syoknya...hari minggu boleh gi jemputan kawin tanpa terkocoh2 menelan nasi untuk berkejar ke tempat kerja...best! :)

Comments

  1. Bro... Sebab anak ke orang rumah?

    ReplyDelete
  2. salam..saya nak bertanya tentang kucing.kucing saya dh 3 ekor mati.seekor mati kerana masalah pernafasan.2 ekor lagi di sebabkan tidak makan,badan rasa lemah dan suke duduk dekat dlm bilik air.saya nak tanya apa penyakit yang menyebabkan dia lemah,tidak makan dan suka duduk dekat dlm bilik air.dlm masa yg sama telinga nya berasa sejuk.saya harap doktor boleh bgi penjelasan.terima kasih

    ReplyDelete
  3. @Iffah Aqillah

    Wsalam. Sebenarnya kucing anda ni mungkin dijangkiti virus yang merbahaya dan boleh menyebabkan kematian. Seeloknya, vaksin kucing anda setelah umurnya mencapai 6-8minggu utk mengelakkan dia terkena penyakit2 yang merbahaya ni.

    Kalau dah kena...memang susah nak diubati. Mana2 kucing yang menunjukkan tanda2 seperti demam, tak makan dan suka menyendiri perlu diasingkan daripada kelompoknya. Segera bawa ke klinik untuk rawatan.

    ReplyDelete
  4. salam doktor..kucing saya yang kitten ni sepatutnya ada dalam 4 ekor tapi 2 ekor jantan dah meninggal semalam. kami rasa sebab virus tu. jadi yang tinggal 2 ekor ni pun dah mula demam2 n tak mampu nak bergerak jauh. adakah yang 2 ekor ni boleh hidup lebih lama kalau saya g vaksinkan mereka esok?

    ReplyDelete
  5. Salam dr.anak kucing saya kene buasir, saya telah bawa anak kucing ini ke vet dan telah dijahit. Selepas jahit tak sampai satu hri jahitan tu dh terbuka balik dan benjolan itu keluar semula . Kesian saya tgk die tak boleh membuang air besar . Apakah yg perlu saya lakukan ? Perlu kah saya membuat pembedahan kerana anak kucing ini berumur bawah sebulan. Tolong lah saya.

    ReplyDelete
  6. salam doktor, nak tanya kalau cucuk vaksin utk anak bulus 4ekor berapa bayaran? 0172676573

    ReplyDelete
  7. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share foto-foto baju, kain dan accessories, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  8. nh chỉ ra ngoài một chút” Anh dịu dàng nói “ Nếu em không thích ra ngoài vậy em hãy ở nhà chờ tôi, xong việc tôi sẽ mua đồ ăn khuya về cho em”.
    Cô che mặt nói “Không cần, tôi không muốn ăn gì.”
    Vì sao vẫn muốn giả vờ quan tâm cô? Chắc là anh ta cảm thấy thương hại cô và cục cưng sắp bị anh ta vứt bỏ, cái tên khốn Tiếng anh cho người đi làm
    Tiếng anh cấp tốc
    Luyện thi toeic tại hà nội
    Tiếng anh cho người lớn tuổi
    Tiếng anh cho người mới bắt đầu
    Học tiếng anh tại hà nội
    dạy tiếng anh cho doanh nghiệp khiếp này……………
    Đến bệnh viện phụ sản, Thượng Lâm Thải Hà đã đặt trước phòng khám phụ sản năm sao cho cô, nhìn bề ngoài rất giống một khách sạn năm sao, còn có bãi đỗ xe rất lớn, Thượng Thái Lăng tắt máy xuống xe mở cửa cho cô.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts